Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Assalamualaikum w.b.t

hmmmm.....setahun sudah saya di UAE ni..Kawin pun sudah...lege rasanye dapat mengikut ajaran nabi kita ( Nabi Muhammad SAW ), Bersyukur dan reda dengan apa yang terjadi dan akan terjadi...itu semua adalah tentua allah...

Walaupun perasaan sedih sentiasa di hati teringat keluarga di kampung mahupun isteri tercinta...Itu semua adalah dugaan yang terpaksa saya tempuhi. Biasa la kan... kata orang hujan emas negeri orang , hujan batu negeri sendiri,...jadi faham-faham saja lah.

Walaupun tahun yang lepas saya tidak dapat balik untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal... Apakan daya , tahun ini juga saya tidak dapat balik ke negara tumpah darah saya kerana inginkan setalam nasi dari sini.

Mengenangkan hidup sebagai seorang perantau ini, penat lelah semua terpaksa di tahan dan di tempuhi mahupun perbezaan cuaca dan masyarakat. Sudah biasa ku rasakan disini digelar PINOY kerana gayaku seakan-akan orang philippine.

Kawan-kawanku juga sama, mereka juga sudah biasa akan panggilan " PAREY ". Tapi itu semua kenangan yang ku rasakan tidak pernah ada sepanjang saya berada di Malaysia. Begitu unik hidup sebagai PERANTAU.

Menjelang bulan Ramadan ini, semua kenangan silam dari setibanya saya di sini sehingga sekarang semuanya membuatku menangis....

Begitu payah jika seseorang itu tidak cukup bersedia dengan phycology yang kukuh...Kawan-kawanku juga begitu...Semuanya menerima ketentuan ini sebagai ujian dari tuhan yang maha esa..

Maka dengan itu, sempena menyambut bulan Ramadan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Minta maaf jika ada terkasar bahasa, terungkit kata, macam-macam ang terfikir di fikiran anda, Saya minta maaf zahir batin dunia akhirat dan minta di perbetulkan.

Di bawah ada sedikit nasihat dari saya. Sila lah baca, sedikit sebanyak saya dapat menyebarkan ilmu walaupun sedikit...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


Assalamualaikum w.b.t

1 comment:

  1. hahaha..sy pn klau ikut2 da setahun kt dubai,tp xbleh ar lame2 dr family..family come 1st..so mntk blk awl..seronot rsenye..hahaha..selamt berbuke pose ye mad,aku tau kt sne xde psr ramadan..xpe nti aku mknkn ape yg ko nk ek..hehehe

    ReplyDelete